Jumat, 04 Juni 2010

keraton Surya Negara

· Keraton Surya Negara [1]

Kira-kira pukul 7.00 malam, berkunjung ke Keraton Surya Negara dan disambut oleh keluarga Pangeran Ratu Drs. H. Gusti Arman. M.Si. untuk menyaksikan beberapa peninggalan yang dikatakan diberikan oleh Sultan Brunei kepada Gusti Muhammad Thaer II iaitu bendera dan meriam yang masih tersimpan di keraton tersebut. Melalui pemerhatian, keadaan bendera tersebut sudah usang, reput dan koyak akibat suhu tempat penyimpanan kurang sesuai. Menurut informasi, Gusti Muhammad Thaer II adalah anak kepada Almarhum Gusti Muhamamd Ali ibnu Gusti Muhammad Thaer I (Gusti Togok) ibnu Almarhum Raden Lekar Tayan. Beliau merupakan cicit dari isteri Sultan Tengah (Ratu Surya Kesuma) kerana Raden Lekar adalah saudara kandung isteri Sultan Tengah.



[1] Pangeran Hajjah Mahani Pusat Sejarah Brunai.M.Natsir BPSNT Pontianak Wil Kalimantan

Tidak ada komentar: